Monday, November 4, 2019

Kembara : Perth, Australia Bumi Kangaroo (Persediaan)

Assalamu'alaykum wbt,
So for this entry, NIZA ceritakan serba sedikit persediaan yang NIZA buat sebelum tiba waktu berangkat ke Perth.

1. Itinerary
Itinerary ni depends on your preference + "ahli rombongan". Memandangkan NIZA bawa mak yang berkerusi roda, so NIZA lebih utamakan keselesaan mak. Di bawah adalah itinerary yang NIZA buat which pastinya during actual ada yang bertukar sedikit tapi dalam 90%-95% meet. InsyaAllah NIZA akan ceritakan lebih details in next post.





2. Parking
Jika kalian ingin berjalan sekitar Perth dengan kereta, sila kenal-pasti lokasi parking & berapa bayaran.

Antara tempat lawatan adalah:

  • Blue Boat House
  • Botanic Garden
    • Pioneer Woman's Fountain
    • Boab Tree
    • 2 Rivers Lookout
  • Kings Park 
    • State War Memorial
  • Sunset & night view of Perth City:
    • Elizabeth Quay Jetty(5.15PM) to Mends St Jetty(5.38PM)
    • Mends St Jetty(5:45 PM) to Elizabeth Quay Jetty(5:55 PM)
  • Caversham Wildlife Park 
  • Swan Valley Mosque and Islamic Centre
  • Chocolate River Factory
  • Yahava KoffeeWorks
  • Swanville Citrus , 15, Nolan Ave, Upper Swan(12PM - PM)
  • Charcoal Chicken
  • The Pinnacles
  • Lobster Shack
  • Lancelin Sand Dunes
  • Araluen Botanic Park
  • Kailis' Fish Market Café
  • South terrace Fremantl
    • Megabes
    • Honeycake Pandan(Not alcohol)



3. Declaration Item
Cukup sekadar list, tak perlu terperinci seperti NIZA buat which is more to personal references je.



4. List of groceries (Jika ada yang planning nak masak).
Kenalpasti nak beli barang di supermarket mana. Macam NIZA, ada supermarket yang lebih dekat dengan rumah which is COLES, tapi disebabkan 1st activity dah ke Perth City, so NIZA decide tuk singgah di supermarket yang akan dilalui -> Woolworths. Boleh buat budgeting dengan pergi ke website supermarket tersebut.




5. Pakaian yang sesuai
Penting untuk tahu musim di Perth. Boleh google around untuk check. Daya tahan sendiri pun perlu tahu. Macam mak NIZA memang tak tahan sejuk, so perlu pakai baju tebal dan ada ketika glove memandangkan kami pergi Perth musim Winter. FYI, Winter di Perth tiada snow tapi hujan biasa yang on-off. Ada ketika angin kuat dan ada ketika biasa sahaja. Kami pergi pun dah hujung2 winter nak ke spring. 13-17 August 2019. NIZA pula pakai trench coat sahaja jika perlu(kalau dah xtahan sangat sejuk).


6. Budgetting
Penting untuk kita buat budgeting duit yang akan dipakai ketika berada diluar negara bagi yang nak bawa cash. Perlu tahu juga berapa entrance fee di tempat2 tertentu.


7.  Solat
Waktu solat dan dimana mahu solat juga tersangatlah penting memandangkan negara bukan majoriti penduduk Islam tidak banyak masjid. Tidak semestinya perlu solat di masjid, dimana-mana pun boleh solat asal bersih dan tidak mengganggu orang lain. Ini penting ketika kita sedang membuat itinerary.

Ok, setakat ini dulu, insyaAllah bersambung di next entry. :)

*Terima Kasih atas masa anda membaca blog saya* 

Tuesday, October 29, 2019

Kembara : Perth, Australia Bumi Kangaroo

Assalamu'alaykum wbt, 
lama dah tak menulis. Banyak destinasi travel yang belum terpatri di sini, namun sentiasa di hati :) 


So today, insyaAllah NIZA nak tulis tentang percutian NIZA bersama adik dan parent ke Perth, Australia. Antara banyak holiday, holiday ni la yang tak membuatkan NIZA teruja. Kenapa? Sebab suami tak dapat join memandangkan Visa tak lepas. Namun NIZA gagahi juga disebabkan Mak. Hanya sebab Mak adalah NIZA teruskan, lagipun tiket dah beli, homestay dah bayar dan itinerary pun dah siap.

Berikut adalah sedikit panduan sebelum beli tiket flight:
1. Kenalpasti musim apa yang nak pergi
NIZA tak nasihatkan untuk pergi Australia umumnya dan khususnya Perth pada musim panas iaitu antara Januari ke March memandangkan cuaca panas terik. Lagi2 yang nak ke The Pinnacles tu. Boleh jadi takkan mampu nak keluar kereta. Eloknya pergi in between April to Early October which is Autumn to Spring. Hujung2 Oktober  boleh jadi dah mula panas.

2. Apply Visa 
Apply ETA 601 dahulu sebelum beli tiket. Visa ni valid selama 12 bulan dari tarikh diluluskan. Kebiasaanya sekejap sahaja lepas application dah dapat approval kecuali lelaki. You may google around pasal ni. Boleh contact ARBA Travel apply visa ni bercakap dengan En.Ismail. Harga RM20 sahaja. Boleh whatsapp juga di www.wasap.my/60149188455

Kalau Visa ETA 601 tak diluluskan, buat rayuan. Unfortunately, rayuan ni macam valid tuk orang yang beli tiket flight je. Sebab during rayuan ni semua kita kena lampirkan:
a. Tiket pergi dan balik
b. Resit sewa homestay/hotel
c. Invoice sewa kereta(kalau ada)
d. Salinan Passport
e. Surat akuan pekerja/pelajar
f. Bank statement(semua bank atau unit simpanan yang anda ada)
g. Geran rumah/kereta kalau ada yang menunjukkan anda ada komitmen di Malaysia
h. Leave approval(kalau saya memang takde approval bagai. Selalu bagi leave plan je kat PMO then kita ikut je leave plan kita :D )

Tapi to be honest saya beritahu, kalau gaji bersih anda dalam 4K kebawah, janganlah diharap untuk dapat kelulusan rayuan. Boleh mula berhenti berharap nak pergi. Mereka ingat semua orang Malaysia nak bekerja di sana mungkin. Untuk kalian, saya nasihatkan pergi je la merantau ke negara lain. Tak perlu ke Australia. Tak perlu menyusahkan hidup dan buang masa dengan kes Visa ni. 

Kenapa saya pergi? Sebab mak saya nak ke sana dan sebab saya tidak tahu sesusah ini nak dapatkan kelulusan untuk suami. Malah saya telah apply VISA 600 yang berharga RM598 juga masih tak dapat kelulusan dan cara mereka tulis surat balasan macam kita ni orang tiada 'kelas' dan mereka yang baik. Siapa "mereka" tu? Imigrasen Australia di Malaysia. Saya tak nafikan ada tempat mereka yang cantik tapi ketahuilah untuk berhabis duit dengan VISA, baiklah ke negara lain yang jauh lebih cantik daripada Australia tu.

Bagi mereka yang tiada masalah Visa dan ingin mengetahui itinerary sepanjang saya di Australia, insyaAllah saya akan menulis di post seterusnya :)


*Terima Kasih atas masa anda membaca blog saya* 

Friday, August 25, 2017

Kembara : Siem Reap & Phnom Penh ( Cambodia / Kemboja )

Assalamu'alaykum wbt,
*this entry will update with pictures*

Early 2015, Niza and 3 orang kawan (sorg kawan warga One Heart Creative Solution, sorg kawan sek men, sorg lagi bekas kawan sekerja) ke Siem Raep & Phnom Pehn di Kemboja. As usual, kami beli tiket awal few months, so sempat la Niza buat research (heee... macam biase la). So from the researched I come out dengan tentatif and others information. Total brp MYR habis waktu ni, hurm...


Flight pegi + beg 20kg = 120MYR (per person)
Flight balik + beg 20kg = 59USD (waktu ni harga USD dlm 3.57MYR = 1 USD..so kene dalam 211MYR per person)

It may help you (for those yang nak ke sane).

14 Jan 2014
- Drop Beg to Hotel /Check in
- Brunch
Muslim Family Kitchen (7am - 9pm)- Highly Recommended
Menu masakan yang paling famous kat sini adalah Daging Lembu Naik Bukit.
- Wat Thmei
Killing Field, the construction of this temple which is the first major temple to be constructed in the Angkor area
- visit Tonle Sap Lake (10USD - 20USD (Floating village )fee - kaunter)
Take a boat ride to a fishing village to observe local lifestyles. The area of the lake changes six times a year because of the monsoons
- Check in Hotel, Solat
- visit Les Artisan D’Angkor (near hotel) / Angkor National Museum (Eby)
This is a workshop that teaches the unique craft of wood and stone carving in the traditional and style of classic Cambodian artistry
-Dinner at Restoran Haji Musa (sblh  Siem Reap Mosque) and solat  di Siem Reap Mosque
- Hard Rock Cafe
- Angkor Night Market


15 Jan 2014
- Wake-up at 3.30am - 4.40am
- 5.00 take tuk-tuk to Archaeological Park (Angkor Wat) - Sunrise (USD20)

- Solat di Angkor Wat (ambil wuduq siap2 dari hotel and bawa pashmina sbg sejadah)
- Ta Prohm Kel Temple (included in USD20)
- South Gate of Angkor Thom ,Terrace of Leper King, Terrace of Elephant, Phimean Akas, and Ta Prohm temple (included in USD20)
- Late Lunch / Hi-Tea D'Wau Restaurant
- silk farm siem reap (8am - 5pm)- Free / Cambodian Cultural Village (USD12) - depends on available time
- Free time until 6.00pm
- Rest before leave hotel at 10pm to :-
Siem Reap: Giant Ibis Office
No 252, Phum Viheachen, Sangkat Svay Dangkum

16 Jan 2014

- Arrive around 6.00am
Phnom Penh: Giant Ibis Office
7E0, Road 106, Sangkat Doun Penh, Khan Doun Penh
- Solat Subuh
- take tuk-tuk and Check in (7.30am) and rest
- 9am Breakfast at Halal Restaurant (7am - 9pm) - 130st (menghala ke Riverside)
Tel: 012 536 969
#13Eo, Street 130 Phnom Penh
- Jejalan sisir Riverside Park hingga ke :- Wat Ounalom , Royal Palace, Silver Pagoda
- take tuk-tuk to Independent Monument (Victory Monument)
- 1.30pm take tuk-tuk to Hotel, Solat and Rest
- 3pm Late Lunch at Cafe Malaya (lorong belakang D'Nyonya Penang, 91Eo, Street 126) - street 118
- 4.00pm jalan kaki (15minit) ke Wat Phnom - sunset
- 6.30pm jalan kaki (10minit) ke Night Market
- 8.30pm take tuk-tuk Dinner at Asmak 81 Restaurant 20B, St 154 (kalau perlu dinner) - 6.30am - 10.30pm.
- 10pm jalan kaki pulang ke hotel


17 Jan 2014- Breakfast
- take tuk-tuk 7.00am and visit Killing Field Choeung Ek (7.30am) - USD6
- take tuk-tuk 11pm
- Lunch at KFC near Russian Market
- 12.30pm Russian Market (Tuol Thom Pong Market) and Souvenir shop / Tuol Sleng (admission US$2, guide US$6)
- 3.30pm take tuk-tuk to Hotel : Solat & Rest
- 6.30pm Dinner at Halal Restaurant (7am - 9pm)



18 Jan 2014- 6.30 Take tuk2 to Phnom Penh Airport


Additional Information:
Bus Ticket Giant Ibis
Siem Reap - Phnom Penh for 4 tickets = USD64 (USD15 per ticket & USD4 - processing Fee)

Flight
Kuala Lumpur (KUL) - Siem Reap (REP) =   RM124 (Beg 20kg + Processing Fee)
Phnom Penh (PNH) - Kuala Lumpur (KUL) =  USD59 (Beg 20kg + Airport tax + Processing Fee)

Hotel
Siem Reap (REP) : Jasmine Garden Villa (2 room - Double with Fan) = RM140.84 (for 4 person)
Phnom Penh (PNH) : City Centre Hotel ( 2 Budget Double room) = ??? (Tak ingat)

Tuk-tuk
Airport -> Hotel = (tak ingat berapa) - Ibrahim
Siem Reap (REP) = USD15 (seharian) - boleh whatsapp Ibrahim (+85593570348). Pandai berbahasa melayu.
Phnom Penh (PNH) = USD20 (seharian)


Tempat melawat yang perlukan bayaran:
Tonle Sap Lake & Floating Village = USD25 (mule2 depa ketuk sampai USD30 sorang), saya minta USD20. Xmo bagi, saya buat xtau je... sampai la turun ke USD25 - melampau mahai, naik Cruise kat Putrajaya pun baru RM30.

Archaeological Park (Angkor Wat, Ta Prohm Kel Temple, South Gate of Angkor Thom, Terrace of Leper King, Terrace of Elephant, Phimean Akas) USD20 (beli tiket a day before , after 5.00pm).

Killing Field Choeung Ek - Phnom Penh = USD6

Tempat melawat yang free:
Killing Field - Siem Raep
Les Artisan D’Angkor - Siem Raep
Silk Farm - Siem Reap
Menyusuri Riverside Park (Wat Ounalom , Royal Palace, Silver Pagoda) - Phnom Penh
Independent Monument - Phnom Penh
Russian Market - Phnom Penh

Tempat Makan Halal
Siem Raep:
Muslim Family Kitchen
Restoran Haji Musa
D'Wau Restaurant
Phnom Penh:
Halal Restaurant
Malaysia Restaurant 

(ade lg restaurant lain tapi mahal sangat)

Kembara : Banda Aceh & Pulau Weh

*Same post in my other blog*

Assalamu'alaykum wbt,
lame sangat tak post something here. Very2 busy.
So, just a simple entry, tentatif bermusafir ke Banda Aceh & Pulau Weh.
*Ibrah hasil bermusafir tak dinyatakan disini kerana motif post entry adalah untuk tunjuk tentatif, berguna untuk backpacker or anyone yang travel*


Ke Aceh ni, kami guna perkhidmatan dari kenalan of kenalan. Actually Abang Arie ni pernah bawa rombongan MIZAN dengan Kak Wardina. So my friend yang suggest untuk ke sana. Sepatutnya saya plan nak ke Korea on 12 April 2014 - 17 April 2014, tapi sebabkan kawan travel yang nak pegi skali tu tak jadi nak pegi, so I changed my plan to Aceh, with my 2 others friends. Flight pegi-balik KL-Banda Aceh waktu beli tu around RM300++. So total for my travel to Aceh not exceed MYR1k, its around MYR900++, shopping MYR500 itu pun banyak sangat dapat beli.

Sesape yang nak ke Aceh dengan harga pakej murah + flexi + selesa, boleh cari Abang Arie ni di FB, search for "Ayo Ke Pulau Weh" or "Arie Yamani"  or "Aceh Vacation Partner". Murah, flexi , selesa. :)

5 Days
4 Pax
8,600,000 IDR
Banda Aceh, Sabang,Pulau Weh & Aceh Besar District

Program Tour for 5D/4N 
(Banda Aceh & Sabang, Pulau Weh)
No. Activities
Day 1 Saturday/April 12, 2014
1 Pick the group up at Sultan Iskandar Muda Airport
2 Having lunch at a local restaurant
3 Check in at Hotel Medan
4 Go around to "Boat on the Roof Monument" in Lampulo area, Banda Aceh
5 Visit the house of Cut Nyak Dhien (A famous female  freedom of Aceh)
6 Visit Rahmatullah mosque in Lampu'uk area
7 Sunset moment at Lampu'uk beach
8 Dinner
9 Back to hotel - relax time
Day 2 Sunday/April 13, 2014
1 Breakfast in hotel
2 Going to Pulau Weh by express ship
3 Check in at hotel in Sabang
4 Having lunch at local restaurant
5 Sabang city tour (Aneuk Laot lake, Klah island from above, Japanese bunker)
6 Sunset moment in front of Sabang Hill hotel
7 Having dinner at Fredies Sumur Tiga beach 
8 Back to hotel - relax time
Day 3 Monday/April 14, 2014
1 Breakfast
2 Visit Gapang beach and Iboih beach area
3 Lunch time at Bixio Café
4 Get on the boat to see corals 
5 Snorkeling time
6 Visit The monument of Kilometres Zero of Indonesia for sunset
7 Dinner at Medan Selera in Kota Sabang
8 Back to hotel - relax time
Day 4 Tuesday/April 15, 2014
1 Breakfast 
2 Check out hotel and back to Banda Aceh by express ship
3 Visit tsunami sites arounds Banda Aceh (Masjid Baiturrahman, Tsunami museum, PLTD Apung, Masjid Baiturrahim in Ulee Lheue beach)
4 Having lunch at Ulee Lheu Bay restaurant + praying time for zuhur
5 Check in at Medan Hotel, Banda Aceh
6 Visit historical sites arounds Banda Aceh (Gunongan, Taman Putroe Phang/ Puteri Pahang, Museum Aceh, Kubur Raja-Raja etc.)
7 Dinner time
8 Enjoying local coffee at Sada Coffee, a famous arabica coffee shop in Banda Aceh
9 Back to hotel - relax time
Day 5 Wednesday/April 16, 2014
Breakfast in hotel
Check out
Find some local souvenirs
Transfer to Sultan Iskandar Muda airport


The package includes;
Transport during the trip lasted a full of air-conditioning
4 nights accommodation in Banda Aceh and Sabang (1 room for 2 persons)
Ferry Ticket Banda Aceh – Sabang Return
Breakfasts, lunches and dinner
1 bottle of mineral water each person every day during the trip
Tour guides
The cost of the ticket for parking and the entrance to the attraction
The cost of take the glass boat to see under water view in Pulau Weh                                                                                                  
1 x snorkeling in Weh island
3 x supper on 12,13 & 14 of April 2014


Exclude;
Air tickets
Airport tax & porter
Personal expenses such souvenir




























Kembara : Bukit Tinggi & Padang (Indonesia)


Assalamu'alaykum wbt,
*pictures will be upload later*


Kembara ke Bukit Tinggi & Padang ni, Niza gunakan agent (Ziarah Sutera) memandangkan pergi bersama keluarga dan agent tersebut merupakan kawan mak Niza. Disebabkan pakai agent, so xde la nak buat research kan.. :D 



Bilangan Hari : Pakej 4 Hari 3 Malam

Tarikah : 13 Sept - 16 Sept 2013 (lame dah pegi, baru nak update :P )

RM1150.00 (All in one)

HARI 01 : 13 SEP 2013 LCCT – PADANG – BUKITTINGGI ( MT, MM )
Peserta dikehendaki berkumpul di LCCT selewat-lewatnya pada pukul 530pagi. Pesawat akan berlepas pada pukul 750 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Setibanya di lapangan terbang Padang, anda akan dibawa oleh perwakilan kami untuk mengunjungi Bukittinggi melalui Lembah Anai. Dalam perjalanan singgah di Air Terjun Anai dan perkampungan Minangkabau. Selepas makan tengahari, lawatan diteruskan ke Pandai Sikek. Kawasan perkampungan yang sangat terkenal dengan karajinan tangan sulaman dan pertukangan. Tiba di Bukittinggi langsung daftar masuk hotel. Makan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 02 : 14 SEP 2013 BUKITTINGGI – MANINJAU TOUR ( S, MT, MM )
Selepas sarapan pagi, memulakan lawatan sekitar Bandar dengan melawat ke Sianok Canyon yang terkenal dengan panorama yang sangat indah. Di sini juga terdapat terowong peninggalan penjajah Jepun zaman dahulu. Melanjutkan perjalanan menuju ke Kota Gadang iaitu tempat kerajinan perak khas Minangkabau dan kemudian singgah di Sungai Landia untuk melihat keindahan alam dan menikmati kopi the HALIA dan terus menuju ke Maninjau melalui kelok 44. Selepas makan tengahari, peserta berpeluang untuk singgah di Perkampungan Hamka yang terletak di Kampung Sungai Batang. Pulang semula ke Bukittinggi untuk membeli belah di Pasar Atas. Makan malam disediakan.

HARI 03 : 15 SEP 2013 MINANGKABAU TOUR – PADANG ( S, MT, MM )
Setelah sarapan pagi, daftar keluar hotel. Dalam perjalanan ke Batusangkar, singgah mengunjungi Sungai Jernih yang terkenal dengan lagenda Ikan Sakti. Tiba di Tabek Patah, singgah di pusat industri kopi KINIKO. Perjalanan diteruskan ke Istana Pagaruyung yang merupakan pusat pemerintahan Minangkabau dahulunya dan seterusnya menuju ke Batu Angkek-angkek atau Batu Seribu Niat. Selepas makan tengahari di rumah makan Pondok Flora, meneruskan perjalanan ke Padang. Singgah di Istana Silindung Bulan. Tiba di Padang, melawat ke China TownPelabhuan lamaJembatan Siti NurbayaPantai Padang dan membeli belah di sekitar Bandar. Daftar masuk ke hotel & makan malam disediakan.

HARI 04 : PADANG – KUALA LUMPUR / LCCT ( S)
Setelah sarapan pagi, daftar keluar dari hotel. Peserta masih berpeluang membeli belah di sekitar Bandar sehingga tiba masa di hantar ke lapangan terbang untuk meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 


PAKEJ TERMASUK :-
~ Tiket penerbangan
~ Cukai lapangan
~ penginapan
~ pengangkutan
~ makan seperti yg terdapat dlm aturcara
~ pemandu pelancongan berpengalaman
~ tip driver/guide
~ insuran berkumpulan
~ bayaran masuk ke tempat lawatan
~ cenderamata ziarah sutera

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-
~ Perbelanjaan peribadi
~ lebihan bagasi
~ perkara yang tidak terdapat dalam aturcara