Assalamu'alaykum wbt,
lama dah tak menulis. Banyak destinasi travel yang belum terpatri di sini, namun sentiasa di hati :)
So today, insyaAllah NIZA nak tulis tentang percutian NIZA bersama adik dan parent ke Perth, Australia.
Antara banyak holiday, holiday ni la yang tak membuatkan NIZA teruja. Kenapa? Sebab suami tak dapat join memandangkan Visa tak lepas. Namun NIZA gagahi juga disebabkan Mak. Hanya sebab Mak adalah NIZA teruskan, lagipun tiket dah beli, homestay dah bayar dan itinerary pun dah siap.
Berikut adalah sedikit panduan sebelum beli tiket flight:
1. Kenalpasti musim apa yang nak pergi
NIZA tak nasihatkan untuk pergi Australia umumnya dan khususnya Perth pada musim panas iaitu antara Januari ke March memandangkan cuaca panas terik. Lagi2 yang nak ke The Pinnacles tu. Boleh jadi takkan mampu nak keluar kereta. Eloknya pergi in between April to Early October which is Autumn to Spring. Hujung2 Oktober boleh jadi dah mula panas.
2. Apply Visa
Apply ETA 601 dahulu sebelum beli tiket. Visa ni valid selama 12 bulan dari tarikh diluluskan. Kebiasaanya sekejap sahaja lepas application dah dapat approval kecuali lelaki. You may google around pasal ni. Boleh contact ARBA Travel apply visa ni bercakap dengan En.Ismail. Harga RM20 sahaja. Boleh whatsapp juga di www.wasap.my/60149188455
Kalau Visa ETA 601 tak diluluskan, buat rayuan. Unfortunately, rayuan ni macam valid tuk orang yang beli tiket flight je. Sebab during rayuan ni semua kita kena lampirkan:
a. Tiket pergi dan balik
b. Resit sewa homestay/hotel
c. Invoice sewa kereta(kalau ada)
d. Salinan Passport
d. Salinan Passport
e. Surat akuan pekerja/pelajar
f. Bank statement(semua bank atau unit simpanan yang anda ada)
g. Geran rumah/kereta kalau ada yang menunjukkan anda ada komitmen di Malaysia
h. Leave approval(kalau saya memang takde approval bagai. Selalu bagi leave plan je kat PMO then kita ikut je leave plan kita :D )
Tapi to be honest saya beritahu, kalau gaji bersih anda dalam 4K kebawah, janganlah diharap untuk dapat kelulusan rayuan. Boleh mula berhenti berharap nak pergi. Mereka ingat semua orang Malaysia nak bekerja di sana mungkin. Untuk kalian, saya nasihatkan pergi je la merantau ke negara lain. Tak perlu ke Australia. Tak perlu menyusahkan hidup dan buang masa dengan kes Visa ni.
Tapi to be honest saya beritahu, kalau gaji bersih anda dalam 4K kebawah, janganlah diharap untuk dapat kelulusan rayuan. Boleh mula berhenti berharap nak pergi. Mereka ingat semua orang Malaysia nak bekerja di sana mungkin. Untuk kalian, saya nasihatkan pergi je la merantau ke negara lain. Tak perlu ke Australia. Tak perlu menyusahkan hidup dan buang masa dengan kes Visa ni.
Kenapa saya pergi? Sebab mak saya nak ke sana dan sebab saya tidak tahu sesusah ini nak dapatkan kelulusan untuk suami. Malah saya telah apply VISA 600 yang berharga RM598 juga masih tak dapat kelulusan dan cara mereka tulis surat balasan macam kita ni orang tiada 'kelas' dan mereka yang baik. Siapa "mereka" tu? Imigrasen Australia di Malaysia. Saya tak nafikan ada tempat mereka yang cantik tapi ketahuilah untuk berhabis duit dengan VISA, baiklah ke negara lain yang jauh lebih cantik daripada Australia tu.
Bagi mereka yang tiada masalah Visa dan ingin mengetahui itinerary sepanjang saya di Australia, insyaAllah saya akan menulis di post seterusnya :)
*Terima Kasih atas masa anda membaca blog saya*




0 comments:
Post a Comment