Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, November 4, 2019

Kembara : Perth, Australia Bumi Kangaroo (Persediaan)

Assalamu'alaykum wbt,
So for this entry, NIZA ceritakan serba sedikit persediaan yang NIZA buat sebelum tiba waktu berangkat ke Perth.

1. Itinerary
Itinerary ni depends on your preference + "ahli rombongan". Memandangkan NIZA bawa mak yang berkerusi roda, so NIZA lebih utamakan keselesaan mak. Di bawah adalah itinerary yang NIZA buat which pastinya during actual ada yang bertukar sedikit tapi dalam 90%-95% meet. InsyaAllah NIZA akan ceritakan lebih details in next post.





2. Parking
Jika kalian ingin berjalan sekitar Perth dengan kereta, sila kenal-pasti lokasi parking & berapa bayaran.

Antara tempat lawatan adalah:

  • Blue Boat House
  • Botanic Garden
    • Pioneer Woman's Fountain
    • Boab Tree
    • 2 Rivers Lookout
  • Kings Park 
    • State War Memorial
  • Sunset & night view of Perth City:
    • Elizabeth Quay Jetty(5.15PM) to Mends St Jetty(5.38PM)
    • Mends St Jetty(5:45 PM) to Elizabeth Quay Jetty(5:55 PM)
  • Caversham Wildlife Park 
  • Swan Valley Mosque and Islamic Centre
  • Chocolate River Factory
  • Yahava KoffeeWorks
  • Swanville Citrus , 15, Nolan Ave, Upper Swan(12PM - PM)
  • Charcoal Chicken
  • The Pinnacles
  • Lobster Shack
  • Lancelin Sand Dunes
  • Araluen Botanic Park
  • Kailis' Fish Market CafĂ©
  • South terrace Fremantl
    • Megabes
    • Honeycake Pandan(Not alcohol)



3. Declaration Item
Cukup sekadar list, tak perlu terperinci seperti NIZA buat which is more to personal references je.



4. List of groceries (Jika ada yang planning nak masak).
Kenalpasti nak beli barang di supermarket mana. Macam NIZA, ada supermarket yang lebih dekat dengan rumah which is COLES, tapi disebabkan 1st activity dah ke Perth City, so NIZA decide tuk singgah di supermarket yang akan dilalui -> Woolworths. Boleh buat budgeting dengan pergi ke website supermarket tersebut.




5. Pakaian yang sesuai
Penting untuk tahu musim di Perth. Boleh google around untuk check. Daya tahan sendiri pun perlu tahu. Macam mak NIZA memang tak tahan sejuk, so perlu pakai baju tebal dan ada ketika glove memandangkan kami pergi Perth musim Winter. FYI, Winter di Perth tiada snow tapi hujan biasa yang on-off. Ada ketika angin kuat dan ada ketika biasa sahaja. Kami pergi pun dah hujung2 winter nak ke spring. 13-17 August 2019. NIZA pula pakai trench coat sahaja jika perlu(kalau dah xtahan sangat sejuk).


6. Budgetting
Penting untuk kita buat budgeting duit yang akan dipakai ketika berada diluar negara bagi yang nak bawa cash. Perlu tahu juga berapa entrance fee di tempat2 tertentu.


7.  Solat
Waktu solat dan dimana mahu solat juga tersangatlah penting memandangkan negara bukan majoriti penduduk Islam tidak banyak masjid. Tidak semestinya perlu solat di masjid, dimana-mana pun boleh solat asal bersih dan tidak mengganggu orang lain. Ini penting ketika kita sedang membuat itinerary.

Ok, setakat ini dulu, insyaAllah bersambung di next entry. :)

*Terima Kasih atas masa anda membaca blog saya* 

Tuesday, October 29, 2019

Kembara : Perth, Australia Bumi Kangaroo

Assalamu'alaykum wbt, 
lama dah tak menulis. Banyak destinasi travel yang belum terpatri di sini, namun sentiasa di hati :) 


So today, insyaAllah NIZA nak tulis tentang percutian NIZA bersama adik dan parent ke Perth, Australia. Antara banyak holiday, holiday ni la yang tak membuatkan NIZA teruja. Kenapa? Sebab suami tak dapat join memandangkan Visa tak lepas. Namun NIZA gagahi juga disebabkan Mak. Hanya sebab Mak adalah NIZA teruskan, lagipun tiket dah beli, homestay dah bayar dan itinerary pun dah siap.

Berikut adalah sedikit panduan sebelum beli tiket flight:
1. Kenalpasti musim apa yang nak pergi
NIZA tak nasihatkan untuk pergi Australia umumnya dan khususnya Perth pada musim panas iaitu antara Januari ke March memandangkan cuaca panas terik. Lagi2 yang nak ke The Pinnacles tu. Boleh jadi takkan mampu nak keluar kereta. Eloknya pergi in between April to Early October which is Autumn to Spring. Hujung2 Oktober  boleh jadi dah mula panas.

2. Apply Visa 
Apply ETA 601 dahulu sebelum beli tiket. Visa ni valid selama 12 bulan dari tarikh diluluskan. Kebiasaanya sekejap sahaja lepas application dah dapat approval kecuali lelaki. You may google around pasal ni. Boleh contact ARBA Travel apply visa ni bercakap dengan En.Ismail. Harga RM20 sahaja. Boleh whatsapp juga di www.wasap.my/60149188455

Kalau Visa ETA 601 tak diluluskan, buat rayuan. Unfortunately, rayuan ni macam valid tuk orang yang beli tiket flight je. Sebab during rayuan ni semua kita kena lampirkan:
a. Tiket pergi dan balik
b. Resit sewa homestay/hotel
c. Invoice sewa kereta(kalau ada)
d. Salinan Passport
e. Surat akuan pekerja/pelajar
f. Bank statement(semua bank atau unit simpanan yang anda ada)
g. Geran rumah/kereta kalau ada yang menunjukkan anda ada komitmen di Malaysia
h. Leave approval(kalau saya memang takde approval bagai. Selalu bagi leave plan je kat PMO then kita ikut je leave plan kita :D )

Tapi to be honest saya beritahu, kalau gaji bersih anda dalam 4K kebawah, janganlah diharap untuk dapat kelulusan rayuan. Boleh mula berhenti berharap nak pergi. Mereka ingat semua orang Malaysia nak bekerja di sana mungkin. Untuk kalian, saya nasihatkan pergi je la merantau ke negara lain. Tak perlu ke Australia. Tak perlu menyusahkan hidup dan buang masa dengan kes Visa ni. 

Kenapa saya pergi? Sebab mak saya nak ke sana dan sebab saya tidak tahu sesusah ini nak dapatkan kelulusan untuk suami. Malah saya telah apply VISA 600 yang berharga RM598 juga masih tak dapat kelulusan dan cara mereka tulis surat balasan macam kita ni orang tiada 'kelas' dan mereka yang baik. Siapa "mereka" tu? Imigrasen Australia di Malaysia. Saya tak nafikan ada tempat mereka yang cantik tapi ketahuilah untuk berhabis duit dengan VISA, baiklah ke negara lain yang jauh lebih cantik daripada Australia tu.

Bagi mereka yang tiada masalah Visa dan ingin mengetahui itinerary sepanjang saya di Australia, insyaAllah saya akan menulis di post seterusnya :)


*Terima Kasih atas masa anda membaca blog saya* 

Friday, August 25, 2017

Kembara : Bukit Tinggi & Padang (Indonesia)


Assalamu'alaykum wbt,
*pictures will be upload later*


Kembara ke Bukit Tinggi & Padang ni, Niza gunakan agent (Ziarah Sutera) memandangkan pergi bersama keluarga dan agent tersebut merupakan kawan mak Niza. Disebabkan pakai agent, so xde la nak buat research kan.. :D 



Bilangan Hari : Pakej 4 Hari 3 Malam

Tarikah : 13 Sept - 16 Sept 2013 (lame dah pegi, baru nak update :P )

RM1150.00 (All in one)

HARI 01 : 13 SEP 2013 LCCT – PADANG – BUKITTINGGI ( MT, MM )
Peserta dikehendaki berkumpul di LCCT selewat-lewatnya pada pukul 530pagi. Pesawat akan berlepas pada pukul 750 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Setibanya di lapangan terbang Padang, anda akan dibawa oleh perwakilan kami untuk mengunjungi Bukittinggi melalui Lembah Anai. Dalam perjalanan singgah di Air Terjun Anai dan perkampungan Minangkabau. Selepas makan tengahari, lawatan diteruskan ke Pandai Sikek. Kawasan perkampungan yang sangat terkenal dengan karajinan tangan sulaman dan pertukangan. Tiba di Bukittinggi langsung daftar masuk hotel. Makan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 02 : 14 SEP 2013 BUKITTINGGI – MANINJAU TOUR ( S, MT, MM )
Selepas sarapan pagi, memulakan lawatan sekitar Bandar dengan melawat ke Sianok Canyon yang terkenal dengan panorama yang sangat indah. Di sini juga terdapat terowong peninggalan penjajah Jepun zaman dahulu. Melanjutkan perjalanan menuju ke Kota Gadang iaitu tempat kerajinan perak khas Minangkabau dan kemudian singgah di Sungai Landia untuk melihat keindahan alam dan menikmati kopi the HALIA dan terus menuju ke Maninjau melalui kelok 44. Selepas makan tengahari, peserta berpeluang untuk singgah di Perkampungan Hamka yang terletak di Kampung Sungai Batang. Pulang semula ke Bukittinggi untuk membeli belah di Pasar Atas. Makan malam disediakan.

HARI 03 : 15 SEP 2013 MINANGKABAU TOUR – PADANG ( S, MT, MM )
Setelah sarapan pagi, daftar keluar hotel. Dalam perjalanan ke Batusangkar, singgah mengunjungi Sungai Jernih yang terkenal dengan lagenda Ikan Sakti. Tiba di Tabek Patah, singgah di pusat industri kopi KINIKO. Perjalanan diteruskan ke Istana Pagaruyung yang merupakan pusat pemerintahan Minangkabau dahulunya dan seterusnya menuju ke Batu Angkek-angkek atau Batu Seribu Niat. Selepas makan tengahari di rumah makan Pondok Flora, meneruskan perjalanan ke Padang. Singgah di Istana Silindung Bulan. Tiba di Padang, melawat ke China Town, Pelabhuan lama, Jembatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan membeli belah di sekitar Bandar. Daftar masuk ke hotel & makan malam disediakan.

HARI 04 : PADANG – KUALA LUMPUR / LCCT ( S)
Setelah sarapan pagi, daftar keluar dari hotel. Peserta masih berpeluang membeli belah di sekitar Bandar sehingga tiba masa di hantar ke lapangan terbang untuk meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 


PAKEJ TERMASUK :-
~ Tiket penerbangan
~ Cukai lapangan
~ penginapan
~ pengangkutan
~ makan seperti yg terdapat dlm aturcara
~ pemandu pelancongan berpengalaman
~ tip driver/guide
~ insuran berkumpulan
~ bayaran masuk ke tempat lawatan
~ cenderamata ziarah sutera

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-
~ Perbelanjaan peribadi
~ lebihan bagasi
~ perkara yang tidak terdapat dalam aturcara